Sunday, May 8, 2011

Penutupan Jualan Secara Online

Assalaamualaikum.

Dukacita dimaklumkan bahawa kami terpaksa menutup jualan retail dan borong secara online AzZahra kerana kekangan masa yang kami hadapi. Kami memohon maaf kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Untuk kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami, kami mengambil keputusan untuk menghentikan perniagaan t-shirt muslimah secara online buat masa ini (sehingga suatu masa yang akan diberitahu kelak).

Walaubagaimana pun, belian borong secara terus dari kilang kami adalah dialu-alukan. Kami masih menerima tempahan secara borong bagi pemborong-pemborong kami yang sedia ada, dengan belian minimum 25 helai. Untuk maklumat lanjut tentang belian borong secara terus dari kilang, sila SMSkan ke 012-6224094. Kami akan memberikan maklumat diskaun dan peta dan alamat untuk ke kilang kami. Sekiranya pertanyaan dihantarkan melalui emel, kami minta agar dapat diberitahu melalui SMS.

Di kesempatan ini kami ingin memohon maaf atas kelewatan kami memberi maklum balas sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Terima Kasih
Fara
Azzahra Muslimah Tshirt


0 comments:

Post a Comment